Assalammualaikum,
Hari ni baru ada masa nak update pengalaman bersalinkan anak pertama yang diberi nama Luth Azka Bin Syahirul Hilmi.
Maksud nama Luth Azka;-
Luth - nama Nabi
Azka - semakin maju, bersih dan suci
Semoga Luth Azka membesar dengan sihat, dan berjaya dalam apa jua yang diceburi. Amin.
Ok seperti yang ibu tulis due date Luth 9/1/2015. Ibu dan abah sebenarnya mengharapkan Luth keluar awal, sebab ibu dah tak larat bawak perut ibu, dah semakin mengah. Tidur lagilah tak lena. Makan pulak tak selera, apetah lagi masih muntah, dan sakit celah peha. Azab betul.
Abah pulak nak Luth keluar bulan 12, biar sama dengan birthday abah, lepas tu boleh jadi senior sama dengan anak kawan abah. Tapi 24/12/2014 berlalu begitu saja, sehinggalah 8/1/2015. Jeng jeng jeng....
Masa tarikh due date kamu nak dekat, ibu dah praktis berjalan setengah jam dalam bilik je, heheh tawaflah ibu sorang - sorang dalam bilik kecik kita tu. So maghrib pun menjelma, masa solat maghrib, ibu doalah supaya Allah bagi tanda/hint dekat ibu, samaada nak bersalin dah ke belum. Sebab selama ibu baca pengalaman orang bersalin, ada yang kata sakit dia macam segugut, tapi yang maha dasyat punya. Ada yang kata sakitnya macam sembelit, yang setahun tak beyak-beyak hehehe.
So ibu pernah rasa segugut teruk, boleh kata memang setiap bulanlah, kalau kena segugut tu tahap tak boleh bangun. So ibu confuse lah, kalau kena segugut ibu boleh tahan lagi sakit tu, nanti takut kamu yang bahaya.
Yang sembelit pulak, ibu tak tahu lagi. Tapi selepas ibu alami sakit contraction sebelum nak melahirkan kamu tu, baru ibu tahu sakit dia macamana. SAKIT DIA MEMANG TAK BOLEH NAK DIGAMBARKAN DENGAN ISTILAH APA PUN.hehehe. Lepas bersalin ke kamu, ibu cakap semua tu tipuuuuuuu je. Hahahaha. Tapi lain orang lain penerimaan sakit dia. Ada yang mudah, ada yang susah.
Untuk ibu pulak, tak tahu nak cakap mudah ke sukar. Tapi lepas solat maghrib tu, ibu terus pergi toilet sebab nak buang airlah. Takkan ibu nak masak nasi dalam toilet kan? Hihi. Tengok-tengok ada spot darah, ibu tukar pad lagi, tengok darah banyak lagi. Tapi tak sakit pun perut ibu, cuma ibu bersyukur sangat Allah bagi petanda dekat ibu untuk ibu alert. So ibu dan abah agak memang kena tahan dekat hospital, sebab ibu selalu doa, pergi hospital mintak kena tahan terus, ibu tak mau kena balik, datang lagi kena seluk lagi. Haih.
Ibu dan abah decide nak pegi lepas solat isyak. Mana tahu lepas tu last day ibu sembahyang ke kan. :)
Lepas isyak, kami pun otw ke HUKM. Alhamdullilah, jalan tak jammed, smooth je. Sampai wad kecemasan, tak ramai orang pun. Jadi semuanya berjalan lancar.
Bila turn ibu kena panggil, nasiblah yang check ibu doctor perempuan. Sampai ibu balik rumah pun doctor perempuan yang jaga ibu. Doctor pelatih pun seorang sahaja dan perempuan dari ibu masuk wad sampai keluar wad, alhamdullilah doa ibu termakbul.
Ok so doctor pun cek perut ibu dan buat ctg dekat perut ibu nak check heartbeat anak ibu. Masa tu ibu dah rada sikit-sikit sakit. Tapi mild je lah. Ibu boleh senyum lagi. Part kena seluk. Memang sakit sikit, terkejut jugaklah, dan alhamdullilah bukaan sudah 3cm, dan seperti yang dijangka ibu kena admit dekat HUKM.
Maka bermulah percutian ibu dalam wad :) masa ibu check in dalam wad, time tu dah nak dekat jam 12tengah malam. Ibu pun tidurlah dengan nyenyak. Tiba-tiba perut ibu memulas mulas sakit, ibu macam serba tak kena. Pergi jumpa doctor, dan bagitahu sakit perut. Doctor nak buat cek bukaan, alhamdullilah dah 5cm. Cepat betul kan.
Tapiiiiii, hah masa ni doctor nak pecahkan air ketuban ibu dan apa lagi ada cairan kotor lah pulak. Anak ibu beyak dalam perut ibu dah rupanya. Masa air ketuban dah dipecahkan, ibu dah baca pengalaman orang cakap sakit sangat lepas tu. Memang sakit ya rabbi. Tak tau ibu nak describe macamana. Mengaduh, mengiring sana sini. Ibu call abah suh datang, kejap je abah datang berdesup dari hotel dia duduk. Habis tangan nurse, doctor ibu genggam. Dinding bilik tu habis ibu cakar cakar. Hahha takdelah, ibu cuma pegang jubin dia jeee..
Kemudian doctor tanya, nak bersalin normal ke czer, sebab air ketuban dah kotor, nak tunggu lagi 5cm takut lambat bukaan, dan takut baby makan cekodok dia sendiri.Ibu memang dah tak kisah masa tu, asalkan sakit ni hilang cepat dan kamu selamat. Doctor tu pun decide czer, dan ibu diminta sign surat kebenaran.
Seronok betul bersalin czer ni tau, lepas kena enject epidural, legaaaaanyaaaa, ibu rasa macam nak tidur je, tapi takmaulah terlepas moment nak tgk anak ibu. Tup tup dengar anak ibu menangis kuatnyaaa, kemudian nurse bawak Luth ke ibu untuk dicium, ya Allah masa tu Luth gebunyaaa, bambam sangat. Mau tak bam bam, berat Luth masa lahir 3.92kg. Nasib czer.
Orang kata czer susah nak jaga kan? Tapi alhamdullilah, hari kedua ibu bangun sendiri dari katil pegi toilet, kemudian jalan pun laju je, batuk bersin alhamdullilah tak rasa sakit. Yang bestnya nurse nurse Kelinik Kesihatan (KK) yang setiap hari datang rumah cek ibu dan Luth semua puji jahitan czer cantik.
Ibu memang berpuas hati sangat dengan layanan doctor dan nurse HUKM, semuanya baik dan banyak beri tunjuk ajar. Walaupun mula-mula masa ibu dan abah fikir nak book hospital bersalin swasta, tapi ibu risau kalau kosnya terlampau mahal dan membazir sahaja, jadi ibu decide ke HUKM, dan start dari tu ibu doa tak henti-henti supaya dapat doctor dan nurse perempuan sahaja dan yang baik- baik. Heheh
Kemudian hari ahad, kami dah dibenarkan keluar wad, yay! Cuma yang tak berapa bestnya Luth kena jaundice, tapi alhamdullilah semakin turun. Petuanya kalau ada anak yang terkena jaundice, cuma beri mereka makan anggur hitam, titiskan 3x juice anggur tersebut dalam mulut, bagi 2x sehari. Dan mandikan anak dengan daun nipah + air nila yang direbus. Lepas mandikan anak macam biasa, bilaskan dengan air nila+nipah ni. Insyallah turun, sebab ibu buat macam ni dekat Luth atas tunjuk ajar Mak Chu ( bidan yang mengurut ibu) thanks Mak chu! ;)
Oklah itu sahaja pengalaman ibu melahirkan Luth secara pembedahan, ibu ingat kalau ibu mengandung adik luth lagi ibu nak czer jugaklah, senang betul hehee.
Sekarang Luth dah berusia 22 hari. Ibu tak sabar nak habis berpantang, dan tak sabar jugak nak tunggu Luth dah pandai diagah agah. Yang penting masa mandi Luth dah tak teriak macam budak kena gigit. Hehehe tak macholah mandi pun nak nagis. Hehe.
Alhamudillah, ibu selalu tanya bila Luth nak keluar dari perut ibu, ibu selalu cakap "hah nanti ibu dah dukung Luth", "macamanalah muka anak ibu?" Hehehe sekarang dah di depan mata, alhamdulillah, terima kasih Allah :)
Ibu dan abah akan jaga Luth sebaik mungkin hingga akhir hayat kami berdua. :)