Selasa, 17 November 2015

It's been 10 month already, hello :)

Assalammualaikum,

Pejam celik pejam celik, ibu lupa, ibu ada blog khas untuk Luth Azka. Now anak ibu dah 10 bulan, 2 minggu lagi umur 11 bulan. Sekejap betul masa berlalu. Sebagai surirumah, ibu happy tengok Perkembangan anak ibu depan mata. Paling seronok sekali tengok reaksi kamu bila nampak ibu. Teruja betul, padahal ibu ni lah siang malam kamu menghadap. Hopefully sayang kamu ke ibu kekal sampai akhir hayat ibu.

Hmm, favourite food kamu ibu masih tak nampak lagi, cuma 1st food kamu dulu, kalau ada cranberies memang laju kamu makan, tapi tak boleh asyik fruits saja, kena add protein and veggy jugak, so far kamu makan, tapi sekali je ibu buat stok udang, kamu nganga luas betul! Paling senang suap kamu makan time tu hehe. Nanti ibu try buat lagi ok :) 

Oklah ibu tak ada idea nak tulis apa, ibu nak share perkembangan kamu sampai 10 bulan ni.


Masa ni kenduri Che Ya kamu + buat majlis aqiqah kamu sekali, tembamnya kamu waktu ni. Tak silap ibu kamu 3 @ 4 bulan kot. 


Pun sama, masa majlis aqiqah dan kenduri Che Ya


Budak pantang tengok camera, laju jee. ❤️


Banyak sangat gambar kamu, tak larat ibu nak upload. Last yang paling latest, hihi, anak rimau ibu. 

Now,
- kamu lasak sangat, panjat kerusi, lepas tu turun, panjat lagi, meja pun jadi mangsa.
- gigi dah 7 batang, menggigit je kerjanha, gigit kaki ibu, bila ibu terkejut , terjerit sakit, kamj pulak yang menangis, patut ibulah yang menangis, tak adil betul! 😂
- sekarang ibu tengok kamu tengah praktis nak bangn, nak balancekan badan. Tak sabar inu tunggu kamu boleh berjalan. Boleh kita main game macam- macam kan.

Ibu doakan anak ibu membesar sihat walafiat, sempurna, dijauhkan penyakit berbahaya. Dikurniakan kecerdasan akak fikirian, dikurniakan fizikal , budi pekerti dan akhlak yang elok juga, insyallah. Amin 





Jumaat, 30 Januari 2015

Pengalaman Bersalin Little Luth Azka


Assalammualaikum,

Hari ni baru ada masa nak update pengalaman bersalinkan anak pertama yang diberi nama Luth Azka Bin Syahirul Hilmi.

Maksud nama Luth Azka;-

Luth - nama Nabi
Azka - semakin maju, bersih dan suci

Semoga Luth Azka membesar dengan sihat, dan berjaya dalam apa jua yang diceburi. Amin.

Ok seperti yang ibu tulis due date Luth 9/1/2015. Ibu dan abah sebenarnya mengharapkan Luth keluar awal, sebab ibu dah tak larat bawak perut ibu, dah semakin mengah. Tidur lagilah tak lena. Makan pulak tak selera, apetah lagi masih muntah, dan sakit celah peha. Azab betul.

Abah pulak nak Luth keluar bulan 12, biar sama dengan birthday abah, lepas tu boleh jadi senior sama dengan anak kawan abah. Tapi 24/12/2014 berlalu begitu saja, sehinggalah 8/1/2015. Jeng jeng jeng....

Masa tarikh due date kamu nak dekat, ibu dah praktis berjalan setengah jam dalam bilik je, heheh tawaflah ibu sorang - sorang dalam bilik kecik kita tu. So maghrib pun menjelma, masa solat maghrib, ibu doalah supaya Allah bagi tanda/hint dekat ibu, samaada nak bersalin dah ke belum. Sebab selama ibu baca pengalaman orang bersalin, ada yang kata sakit dia macam segugut, tapi yang maha dasyat punya. Ada yang kata sakitnya macam sembelit, yang setahun tak beyak-beyak hehehe.

So ibu pernah rasa segugut teruk, boleh kata memang setiap bulanlah, kalau kena segugut tu tahap tak boleh bangun. So ibu confuse lah, kalau kena segugut ibu boleh tahan lagi sakit tu, nanti takut kamu yang bahaya.

Yang sembelit pulak, ibu tak tahu lagi. Tapi selepas ibu alami sakit contraction sebelum nak melahirkan kamu tu, baru ibu tahu sakit dia macamana. SAKIT DIA MEMANG TAK BOLEH NAK DIGAMBARKAN DENGAN ISTILAH APA PUN.hehehe. Lepas bersalin ke kamu, ibu cakap semua tu tipuuuuuuu je. Hahahaha. Tapi lain orang lain penerimaan sakit dia. Ada yang mudah, ada yang susah.

Untuk ibu pulak, tak tahu nak cakap mudah ke sukar. Tapi lepas solat maghrib tu, ibu terus pergi toilet sebab nak buang airlah. Takkan ibu nak masak nasi dalam toilet kan? Hihi. Tengok-tengok ada spot darah, ibu tukar pad lagi, tengok darah banyak lagi. Tapi tak sakit pun perut ibu, cuma ibu bersyukur sangat Allah bagi petanda dekat ibu untuk ibu alert. So ibu dan abah agak memang kena tahan dekat hospital, sebab ibu selalu doa, pergi hospital mintak kena tahan terus, ibu tak mau kena balik, datang lagi kena seluk lagi. Haih.

Ibu dan abah decide nak pegi lepas solat isyak. Mana tahu lepas tu last day ibu sembahyang ke kan. :)
Lepas isyak, kami pun otw ke HUKM. Alhamdullilah, jalan tak jammed, smooth je. Sampai wad kecemasan, tak ramai orang pun. Jadi semuanya berjalan lancar.

Bila turn ibu kena panggil, nasiblah yang check ibu doctor perempuan. Sampai ibu balik rumah pun doctor perempuan yang jaga ibu. Doctor pelatih pun seorang sahaja dan perempuan dari ibu masuk wad sampai keluar wad, alhamdullilah doa ibu termakbul.

Ok so doctor pun cek perut ibu dan buat ctg dekat perut ibu nak check heartbeat anak ibu. Masa tu ibu dah rada sikit-sikit sakit. Tapi mild je lah. Ibu boleh senyum lagi. Part kena seluk. Memang sakit sikit, terkejut jugaklah, dan alhamdullilah bukaan sudah 3cm, dan seperti yang dijangka ibu kena admit dekat HUKM.

Maka bermulah percutian ibu dalam wad :) masa ibu check in dalam wad, time tu dah nak dekat jam 12tengah malam. Ibu pun tidurlah dengan nyenyak. Tiba-tiba perut ibu memulas mulas sakit, ibu macam serba tak kena. Pergi jumpa doctor, dan bagitahu sakit perut. Doctor nak buat cek bukaan, alhamdullilah dah 5cm. Cepat betul kan.

Tapiiiiii, hah masa ni doctor nak pecahkan air ketuban ibu dan apa lagi ada cairan kotor lah pulak. Anak ibu beyak dalam perut ibu dah rupanya. Masa air ketuban dah dipecahkan, ibu dah baca pengalaman orang cakap sakit sangat lepas tu. Memang sakit ya rabbi. Tak tau ibu nak describe macamana. Mengaduh, mengiring sana sini. Ibu call abah suh datang, kejap je abah datang berdesup dari hotel dia duduk. Habis tangan nurse, doctor ibu genggam. Dinding bilik tu habis ibu cakar cakar. Hahha takdelah, ibu cuma pegang jubin dia jeee..

Kemudian doctor tanya, nak bersalin normal ke czer, sebab air ketuban dah kotor, nak tunggu lagi 5cm takut lambat bukaan, dan takut baby makan cekodok dia sendiri.Ibu memang dah tak kisah masa tu, asalkan sakit ni hilang cepat dan kamu selamat. Doctor tu pun decide czer, dan ibu diminta sign surat kebenaran.

Seronok betul bersalin czer ni tau, lepas kena enject epidural, legaaaaanyaaaa, ibu rasa macam nak tidur je, tapi takmaulah terlepas moment nak tgk anak ibu. Tup tup dengar anak ibu menangis kuatnyaaa, kemudian nurse bawak Luth ke ibu untuk dicium, ya Allah masa tu Luth gebunyaaa, bambam sangat. Mau tak bam bam, berat Luth masa lahir 3.92kg. Nasib czer.

Orang kata czer susah nak jaga kan? Tapi alhamdullilah, hari kedua ibu bangun sendiri dari katil pegi toilet, kemudian jalan pun laju je, batuk bersin alhamdullilah tak rasa sakit. Yang bestnya nurse nurse Kelinik Kesihatan (KK) yang setiap hari datang rumah cek ibu dan Luth semua puji jahitan czer cantik.

Ibu memang berpuas hati sangat dengan layanan doctor dan nurse HUKM, semuanya baik dan banyak beri tunjuk ajar. Walaupun mula-mula masa ibu dan abah fikir nak book hospital bersalin swasta, tapi ibu risau kalau kosnya terlampau mahal dan membazir sahaja, jadi ibu decide ke HUKM, dan start dari tu ibu doa tak henti-henti supaya dapat doctor dan nurse perempuan sahaja dan yang baik- baik. Heheh

Kemudian hari ahad, kami dah dibenarkan keluar wad, yay! Cuma yang tak berapa bestnya Luth kena jaundice, tapi alhamdullilah semakin turun. Petuanya kalau ada anak yang terkena jaundice, cuma beri mereka makan anggur hitam, titiskan 3x juice anggur tersebut dalam mulut, bagi 2x sehari. Dan mandikan anak dengan daun nipah + air nila yang direbus. Lepas mandikan anak macam biasa, bilaskan dengan air nila+nipah ni. Insyallah turun, sebab ibu buat macam ni dekat Luth atas tunjuk ajar Mak Chu ( bidan yang mengurut ibu) thanks Mak chu! ;)

Oklah itu sahaja pengalaman ibu melahirkan Luth secara pembedahan, ibu ingat kalau ibu mengandung adik luth lagi ibu nak czer jugaklah, senang betul hehee.

Sekarang Luth dah berusia 22 hari. Ibu tak sabar nak habis berpantang, dan tak sabar jugak nak tunggu Luth dah pandai diagah agah. Yang penting masa mandi Luth dah tak teriak macam budak kena gigit. Hehehe tak macholah mandi pun nak nagis. Hehe.

Alhamudillah, ibu selalu tanya bila Luth nak keluar dari perut ibu, ibu selalu cakap "hah nanti ibu dah  dukung Luth", "macamanalah muka anak ibu?" Hehehe sekarang dah di depan mata, alhamdulillah, terima kasih Allah :)

Ibu dan abah akan jaga Luth sebaik mungkin hingga akhir hayat kami berdua. :)




Sabtu, 3 Januari 2015

39 week 2 days

Assalammualaikum anak ibu,

Hari ni anak ibu dalam perut ibu dah 39w 2hari, ibu tak tau nak rasa apa. Yang ibu tau, ibu senyum dalam ngeri hehhe, boleh macam tu? 

Senyum sebab ibu tau nanti anak ibu dah lahir.
Ngeri sebab terfikir sakit bersalin hehe.

Tapi anak ibu baik kan? Ibu selalu bual-bual dengan kamu, mintak kamu tak susahkan ibu, mintak kamu senang keluar dari rahim ibu. 

Ibu teruja, sedikit masa lagi mata kita bertemu,
Kulit kita bersentuhan,
Ibu tak sabar nak belai kamu, alahai sebaknya ibu rasa.

Abah pun tak sabar nak dukung kamu. Tengok abah sayang kucing pun, ibu dah bayangkan abah sayang anak sendiri macamana, hehe. Baby tahu ibu bersyukur sangat Allah kurniakan abah yang baik, yang selalu tolong ibu waktu ibu tak larat waktu mengandung ni. 

Kamu pun beruntung jadi anak abah. Ibu harap kamu contohi sikap abah, ringan tulang, suka tolong orang, hati yang baik, rendah diri dan selalu bertolak ansur. Abah tak garang tau, so kamu kena hormat abah. Ikut sikap abah ye sayang :) sebab ibu garang hehehe. 

Sikit lagi sayang, seksa juga menanti dari 3 tahun sekarang tinggal beberapa hari je. 

Tok abah dan Tok mak dah ada dekat rumah kita, diorang akan jaga ibu.
Tok abah akan ajar abah kamu cara mandikan kamu.
Tok mak pulak akan masak lauk pantang untuk ibu.

Alhamdullilah nasib ada Tok abah dan Tok mak tolong jaga kita berdua nanti kan sayang.

Kamu nanti kena sayang Tok Abah, Tok Mak belah Ibu dan abah tau ;) 

Ibu selalu doakan Allah tanamkan sifat sayang dalam diri kamu, supaya kamu sayang

- Allah S.W.T
- kamu sayang agama kamu iaitu Islam
- kamu sayang ibu & abah
- dan kamu sayang orang sekeliling kamu serta makhluk2 Allah.
Insyallah :) 

Ibu dan abah pun minta selalu supaya Allah kurniakan ibu abah anak yang comel, soleh dan cukup sifat, amin.

Ibu menghitung hari je ni. Tak taulah bila anak ibu nak keluar lihat dunia. Perut ibu yang sempit ni jugak yang dia suka duduk ye? Cepat-cepat keluar sayang, boleh golek-golek atas katil kamu sendiri tau. 

Oklah ibu nak tidur dah, kamu pun tidur sekali ok. Ibu abah sayang kamu! 

Assalammualaikum anak ibu, good night :) 

Selasa, 14 Oktober 2014

Hi! Anak ibu :)

Assalammualaikum Little Luth,

Hari ni ibu nak share gambar ibu dan gambar Luth masa Luth dalam perut ibu waktu Luth 6 bulan. Ibu tak banyak pun ambil gambar masa mengandung, sebab masa ibu tengah mengandungkan Luth sekarang, ibu jadi malas nak makeup, sedangkan dulu ibu makeup tebal kemain tau heheh, baju pun ibu malas nak pakai cantik-cantik, sedangkan dulu ibu ni sampai orang gelarkan watercolor bergerak sebab suka pakai baju color meriah sangat haha. Wangi-wangian jangan cakaplah, kalau dulu sampai ada yang tegur ibu, "lori minyak wangi terbalik ke?" Hahaha sekarang apapun ibu tak suka, ibu jadi selekeh sangat tau, nasib ibu lah kan Luth :)

Dulu ibu berangan, masa mengandung ibu nak melaram cantik-cantik. Jadi ibu yang bergaya waktu mengandung, tapi YANG ADOO, hehe. Anak ibu ni tak kasi chance dekat ibu. Rupa-rupanya dia lelaki, patutlah tak suka cantik-cantik ye? :)

Sekarang ni kandungan ibu nak masuk 7 bulan, esok ibu dan abah nak pergi IKEA, saja jalan-jalan survey barang kamu. Ada 2 bulan lebih je lagi untuk abah dan ibu jumpa kamu, excitedlah ibu! :) Lusa kita pergi klinik kesihatan ok, sebab ibu ada appoinment untuk scan kamu. Harap-harap semua ok, ibu nervous jugak nak tahu result paras gula ibu ni.

Oh lupa, esok pun ibu dan abah nak survey tempat nak bersalinkan kamu. Eiii ibu nervous sebenarnya. Nanti kamu tolong ibu ok, jangan bagi ibu sakit lama-lama tau. Kamu tolonglah meluncur dengan lancarnya hehe, senang kerja ibu nanti. Janji tau? Oklah ibu nak rehat, esok pagi-pagi lagi nak keluar dah. Ni ibu letak gambar kita berdua. Ibu dan kamu si perut buncit. Semoga Luth pegang kuat-kuat tau perut ibu. Selesakan diri. Nanti dah sampai masanya baru kamu keluar dengan jayanya tau hehe. Ok Luth, selamat malam, ibu dan abah sayang kamu!

Esok kita sambung dengar lagu nasyid lain ok :)

Assalammualaikuk anak ibu :)


Ahad, 28 September 2014

3 tahun ibu tunggu Luth, bagaimana Allah kurniakan Luth untuk ibu dan abah?

Assalammulaikum Little Luth,

Ibu nak share dengan Luth bagaimana ibu peroleh zuriat dan rezeki yang besar ni dari Allah swt.

Pagi ni, ibu terima message dekat Facebook ibu, kawan ibu bertanya apa cara ibu buat sehingga ibu dapat Luth? (Insyallah)

kawan ibu tanya
- ibu planning ke?
- ibu ambil produk ke?
- bagaimana ibu hadapi masalah ibu selama 3 tahun ni?
Dan macam-macam lagi.

Ibu faham sangat-sangat perasaan orang yang dah berkahwin dan berharap sangat dikurniakan zuriat. Sebab itulah perasaan ibu dan abah sebelum dapat kamu. Jadi bila ada yang sudi bertanya dekat ibu, kita kenalah share supaya orang lain juga peroleh rezeki seperti ibu :) betul tak anak ibu? Hehe

Sejujurnya, ibu tidaklah pergi mengurut, sebab ibu pun masa tu tak terdedah sangat dengan hal-hal mengurut untuk dapatkan zuriat. Masa ibu dah pregnantkan kamu je ibu pergi mengurut sebab urat belikat ibu tenggelam dan sakit belakang ibu teruk. Jadi masa ni lah ibu tahu, opah tukang urut bagi tips kalau nak lekas dapat zuriat, insyallah.

- Pergi megurut, supaya dapat betulkan urat dan lancarkan peredaran darah
- Makan ubat cacing supaya usus dan perut bersih.
(Tapi ibu dulu suka minum produk buang toksin dan bersihkan usus, bagi ibu sama je function dia kot)

Itu tips opah yang urut ibu, tapi cara ibu pulak lain, selama 2 tahun ibu berusaha dapatkan kamu, macam- macam cara ibu buat. Ibu pergi hospital pakar check, samaada ibu ada masalah ke, tapi alhamdullilah ibu sihat dan boleh mengandung, jadi ibu redha yang bahagian untuk ibu belum sampai lagi.

Tapi ada 2 benda yang ibu buat sungguh-sungguh dan seikhlas hati iaitu:-

Masa ibu pergi umrah dulu, ada seorang mutawif bagitahu, jikalau kita benci seseorang, tetaplah berdoa untuk dia, tak kira dalam perniagaan, ataupun dalam kehidupan kita. Ikhlas atau tidak ikhlas, berusahalah menjadi ikhlas, kerana doa yang bukan untuk diri sendiri lagi cepat malaikat sampaikan kepada Allah swt. Insyallah

Jadi balik saja dari umrah tu, ibu berdoa sungguh-sungguh supaya orang yang ibu kurang suka tu pun beroleh zuriat seperti mana dia selalu minta dan doa dekat Allah, setiap hari doa ibu untuk dia dan untuk ibu. Ibu juga minta Allah ikhlaskan hati ibu setiap kali ibu doakan untuk orang tersebut.

Alhamdullilah, bila ibu dapat kerja baru di Media Prima, tak lama sebulan ke 2 bulan, ibu disahkan mengandung. Mungkin berkat ajaran mutawif tersebut. Sebagai orang Islam, kita memang digalakan berusaha dan jangan lupa disusuli doa yang bersungguh-sungguh.

Pekara yang kedua ibu buat :-

Ibu faham, bila kita dah lama tunggu nak dapat anak, masa tu ramai pula yang tanya,

- tengah plan ke?
- kahwin dah berapa lama? Anak tak ada lagi? Kenapa?
- anak dah berapa?

Semia soalan tu, kalau kita dengar dengan hati TAK TERBUKA, maka jawabnya kita sakitlah hati kan? Hehehe

Jadi setiap kali orang jumpa ibu dan tanya ibu tentang anak, ibu tak pernah mengelak, apa yang ibu buat contoh :-

- bila nak ada anak?
Ibu akan jawab " belum ada rezeki lagi, doa doakanlah supaya dapat rezeki anak"

Bila kita bercakap baik dan meminta baik dengan orang untuk doakan kita, automatik orang tersebut akan cakap

- insyallah adalah rezeki tu
Apa yang ibu buat, ibu akan aminkan kata - kata orang tersebut, kalau lebih 10 orang doakan ibu, bukankan itu lagi bagus? Jadi jangan mengelak jumpa orang, kalau boleh berharaplah jumpa orang dan bila orang tanya tentang anak, mintalah dengan baik supaya mereka boleh doakan yang baik untuk kita. Bukankah kata-kata itu satu doa? :)

Jadi itulah yang ibu sharekan kepada kawan ibu. Ibu rasa seronok bila kawan ibu kata ini seseuatu yang baru untuk dia dengar dari ibu dan dia happy sangat ibu tolong dan sudi share dengan dia. Ibu doakan kawan ibu ini mendalat zuriat seperti yang dia mahukan. Ibu juga berdoa, agar semua para isteri mendapat peluang memjadi dan merasa pengalaman menjadi ibu. Insyallah.

P/s: hari ni lunch, ibu & luth makan nasi kandar eh, ibu jemu lah dengan ayam penyet setiap hari. Hehehe


Jumaat, 26 September 2014

Check up Little Luth


Assalammualaikum Little Luth ibu.

Ibu baru saja makan nasi ayam penyet untuk kamu. Dah 2 minggu berturut-turut anak ibu ni mintak ibu makan ayam penyet, hehehe. Ibu perasan sejak mengangdungkan Luth, ibu suka sangat makan ice cream vanila cornetto, setiap hari abah belikan lepas ibu lunch dan dinner, lepas tu lunch ibu mesti ayam penyet, dan jajan ibu pulak jelly beans. Tak banyak pun ibu suka makan, jadi waktu sekarang ni, memang abah tahu ibu punya susun atur makan hehehe. 


Luth tahu berat ibu sekarang dah 68.5kg tau. Awal-awal ibu mengandungkan Luth masa 1st trimester setiap hari ibu loya dan muntah-muntah. Seksa! Ibu rasa tak mahu makan sebab takut nak muntah. Tapi ibu makan jugak, yelah sebab dalam perut ibu ni ada mulut si comel ibu nak kena suap hehehe. 


Sekarang usia kandungan ibu dah masuk 6 bulan, ibu perasan ibu macam dah tak muntah, tapi loya- loya still ada, dan ibu harap morning sickness ibu ni dah pergi main jauh- jauh :).


Semalam ibu janji nak cerita dekat Luth kan tentang check up ibu? 


Ibu check up Luth masa kandungan dah 6 bulan, baru je 3 hari lepas. Ibu risau jugak sebab ramai sangat kata perut ibu kecik. Ada yang siap tak tahu ibu mengandung. Susah hati ibu. Ibu takut Luth tak dapat zat yang ibu makan. Lagi 1 ibu risau jugak, hari isnin tu ibu hantar kucing kita, ada orang nak adopt dia, cute sangat nama dia CICI. Ibu dan abah terpaksa bagi 3 ekor kucing dekat orang yang berlainan sebab dekat rumah kita dah banyak kucing, sekarang tinggal 4 ekor. Ibu dan abah risau nanti Luth dah lahir habuk, bulu kucing banyak dan menganggu kesihatan Luth. Ibu sedih, tapi insyallah mereka yang ambil kucing kita semua baik-baik dan sayang kucing. Lega hati ibu! :)


Jadi masa ibu otw hantar Cici tu, nak dekat sampai rumah owner baru cici, cici pulak pergi kencing atas ibu, hehehehe saja je kan cici nak bagi kenangan dekat ibu. Bertuah punya cici! Hehehe. Disebabkan risau, ibu dan abah ambil keputusan nak scan details tentang kamu. Alhamdullilah kamu bagi kerjasama dengan doctor, senang kerja doctor cek fizikal kamu :)


Doctor bagitahu ibu dan abah, kamu lelaki, abah suka sangat sebab dia ada geng nak main bola hehe, ibu pun mestilah suka, sebab ibu siap-siap dah cari nama kamu, naluri ibu kuat bagitahu kamu ni lelaki walaupun ramai cakap ibu mengandungkan baby girl hehe. Doctor kata graft kamu cantik, normal,sihat dan doctor tunjuk kamu suka sangat angkat kaki dan tangan, tutup mulutlah, tutup hidunglah, tapi asyik nak tunjuk muka kamu je dekat ibu dan abah. 1st time tengok wajah kamu, tuhan saja yang tahu hati ibu, ibu dan abah senyum meleret. Hidung dan mulut kamu ikut abah sangat hehe. Ni ibu letak gambar kamu posing tongkat dagu. Comel sungguh anak ibu! 




Nampak tak hidung kamu dan mulut kamu tu, sebijik abah. Tak sabarnya ibu nak lihat kamu dan pegang kamu. 

Sayangku Luth,
Ibu dan abah selalu berdoa, kamu jadi anak yang soleh, yang bijak, disayangi semua dan taat pada agama. Suatu hari nanti kalau Luth baca tulisan ibu, ibu harap Luth tahu ibu dan abah sayang dengan Luth sampai akhir hayat kami. Luth ingat tau :) 

Sekarang ibu rasa Luth tengah tidur sebab dah kenyangkan, nanti ibu sambung cerita lain. 

Assalammualaikum Luth :) 

Khamis, 25 September 2014

Little Luth dalam perut ibu

Assalammualaikum Little Luth ibu :)

Blog ni, ibu create khas untuk anak ibu. Macam diari apa yang ibu rasa sepanjang mengandungkan Luth :)

Sekarang usia kandungan ibu sudah 6 bulan, ibu ada 3 bulan saja lagi untuk lihat anak ibu depan mata. Alhamdullilah, ibu merasa nikmatnya mengandung dan insyallah bakal jadi ibu. Lama ibu dan abah tunggu rezeki besar dari Allah swt. Akhirnya tercapai juga. 

Dear Little Luth,

Ibu ceritakan untuk Luth macamana perasaan ibu dan abah waktu tahu ibu hamilkan Luth ok :) 

Masa tu, ibu tak lah hairan sebab period ibu lambat datang, memang tak pernah konsisten. Tapi ibu dan abah saja suka-suka beli ujian kehamilan, manalah tahu ada rezeki kan (dalam hati ibu memang langsung tak mengharap) sebab ibu takut frust lagi. 

So ibu ingat lagi, masa tu ibu baru saja bekerja dengan media prima, dan ibu sibuk buat program Shoutul Quran. Ibu dapat bekerja dengan Ummi Nazeera, Siti Nordiana dan Sharifah Khasif. So ibu ingat lagi hari tu last day recording program, sebelum pergi kerja, ibu buatlah ujian kehamilan tu, naiklah 1line dan ibu malas nak tengok lagi samaada naik lagi 1 line ke tidak. Ibu takut ibu frust. Tapi kan Luth, terkejut ibu bila naik 2 line. Masa tu ibu blur sangat, "iye ke ni," ibu tak tahu nak react depan abah macamana. Lama tau ibu dalam toilet tu, duk termenung hehehe.

Ibu pun keluarlah dari toilet, muka ibu toya je, tak tahu nak menangis ke, nak sakat abah ke @ nak menjerit happy. Sebab ibu rasa macam mimpi tau Luth hehehe. Bila ibu tunjuk result tu dekat abah, abah lagi blur-blur. Tapi ibu tahu, abah dan ibu happy sangat impian kami nak timang anak dimakbulkan.

Sepanjang perjalanan ibu ketempat recording tu, ibu dan abah asyik bercerita itu ini je. Lepas tu kami berdua senyum meleret. Petang lepas habis recording, abah bawak ibu pergi klinik nak kepastian. Alhamdullilah ibu disahkan mengandung kamu 2 bulan dah. Patutlah 1 minggu ibu teringin sangat nak makan pelam cicah cili padi. Rupanya ibu mengandung. Insyallah Luth ibu janji akan jaga Luth sebaik-baiknya, begitu juga dengan abah. 

Nanti Ibu sambung cerita pergi check up Luth di klinik masa Luth dah 6 bulan dalam perut ibu. Ada gambar Luth tengah posing dalam perut ibu tau. Hehehe,

Good night Little Luth, sweet dream, ibu abah sayang kamu 💋